top of page

PENGENALAN

Pusat ini mula dibina pada tahun 2011 dan siap sepenuhnya pada 2016. Dari segi kedudukan, Pusat latihan ini terletak di Kampung Tanjong Laboh, Senggarang  iaitu kira-kira 13 km dari bandar Batu Pahat dan 25km dari kampus induk UTHM. Kedudukan ini amat strategik kerana ia berada di laluan utama dari Bandar Batu Pahat - Pontian dan berdekatan dengan pantai Tanjong Laboh yang berhadapan dengan Selat Melaka.

 

Lokasi PuMAS ini juga terletak bersebelahan Lapangan Terbang Tanjong Laboh, iaitu sebuah lapangan terbang lama yang pernah digunakan semasa perang dunia kedua dahulu. Mengikut perancangan, UTHM akan menjadikan lapangan terbang ini dan kawasan sekitarnya bagi kegunaan latihan dan pengajaran program Aeronautik yang pada ketika ini beroperasi di Kampus Parit Raja dan pusat-pusat latihan penerbangan yang dilantik. 

 

PuMAS yang dibina di atas tanah seluas 15 ekar menelan belanja kira-kira RM11 juta oleh pemaju Kosmo Setegas Sdn. Bhd. Kemudahan yang disediakan adalah merangkumi sebuah Dewan Seminar yang boleh memuatkan 200 orang, tiga bilik latihan, sebuah Dewan Makan, sebuah Surau, Blok Penginapan Lelaki dan Perempuan yang boleh memuat 100 orang pada satu-satu masa serta Blok Penginapan VIP.

Objektif Program Teambuilding:
Bagi menjayakan program ini, ia memerlukan objektif yang kukuh dan jelas bagi memudahkan organisasi yang terlibat memahami objektif utama program ini dilakukan. Oleh itu, beberapa objektif utama telah dikenalpasti iaitu:
1. Membangunkan individu kearah kecemerlangan diri, kerjaya dan organisasi, menyeimbangkan jati diri, mental, kerohanian dan kecergasan fizikal, dan mengharmonikan diri dengan alam murni ciptaan Ilahi.
2. Penumpuan kepada aktiviti yang dapat mencapai matlamat untuk membentuk komuniti dan umat yang membangun dengan Islam.
3. Interaksi dan perbincangan berkumpulan dengan aktiviti lasak dan khidmat bakti dalam mencapai matlamat utama iaitu membentuk individu dan organisasi yang cemerlang.
4. Memahami bagaimana personaliti, jantina, dan budaya mempengaruhi pemikiran, emosi dan stail pembelajaran dalam menyuburkan sifat ehsan dan membantu mereka membangkitkan semangat yakin diri serta kegembiraan di kalangan mereka.

Our work
TEMPAHAN
SERVICES

PENGINAPAN

BILIK VIP & JURULATIH

Kapasiti 10 orang

Kemudahan-kemudahan yang terdapat di PuMAS adalah seperti Dewan Seminar, Bilik Latihan, Asrama Lelaki & Perempuan, Rumah VIP & Jurulatih, Surau dan Dewan Makan. Terdapat juga kawasan yang luas di dalam PuMAS bagi aktiviti-aktiviti luar serta pantai yang berdekatan untuk menjalankan aktiviti rekreasi.

TEAM BUILDING

TEMPAHAN

Borang Permohonan Tempahan Ruang Pusat Minda Emas (PuMAS)
Kadar bayaran Pakej/Sewaan Ruang Pusat Minda Emas (PuMAS)
Contact

HUBUNGI KAMI

Address:

Lot 38,  Kampus Tanjung Laboh,

Kampung Tanjung Laboh,

83200 Senggarang, Batu, Pahat,

Johor.

Email :

latihan@uthm.edu.my

Phone :

07-453 7130/7126/7586/7133/7136

Fax :

07-453 6337

Lokasi koordinat (Google Maps): 1.752755,102.989178

"Terima kasih kerana menghubungi kami. Aduan/maklum balas anda telah kami terima dan akan dijawab dalam masa 3 hari bekerja".

bottom of page